Unit Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti Pendidikan Pencegahan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut:
- Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibu bapa.
- Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
- Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
- Memastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkait penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
- Memantau dan membimbing, membantu mengwal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.
- Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV/Aids.
- Mewujudkan perhubungan dua hala diantara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah didalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan